adsbanner

Twitter

Powered by Blogger.

Followers

Group Followers

About Me

My photo
kluang.., johore.., Malaysia
Blog ni khas buat orang yg paling aku sayang dan kasihi dalam hidup aku..mereka2 ini tulang belakang n nadi dlm hidupku..tanpa mereka tak mungkin aku mengecapi kebahagian yg teramat indah pada hari ini..bak kata pepatah..selagi hayat dikandung badanla..eceh..huhu..special thanks to my luvly husband n child also all my family..aku harap aku berbahagia bersama orang yg paling aku cintai di dunia dan akhirat..n apa yang aku harapkan suatu hari nati aku akan sentiasa dekat dihati mereka2 ini..ku mohon juga agar Allah Taala sentiasa memurahkan rezeki kepada kami sekeluarga n memberi hidayah serta petunjuk kepada kami..Inyaallah..Amin.

cit cat side

RSS
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Apa itu refleks bayi???

Setiap ibu bapa dipercaya menginginkan anak-anak yang sihat dan normal sepanjang tumbuh besarannya. Tiada seseorang pun yang ingin melihat anak-anaknya sakit ataupun kecacatan anggotanya. Oleh itu, perhatian yang lebih terhadap tanda-tanda awal dan refleks primitive yang ditunjukkan oleh anak-anak amat diperlukan supaya tindakkan-tindakan awal seperti mendapatkan rawatan segera daripada doktok-doktor yang berkepakaran. Selain itu, kecacatan anak-anak dapat dikurangkan.Sebelum mengenali apakah tanda-tanda awal dan refleks primitif yang perlu diberi perhatian, marilah kita memahami sedikit sebanyak tentang perkembangan kanak-kanak.

Secara umumnya, perkembangan kanak-kanak dibahagi kepada 4 aspek utama iaitu:
1) Perkembangan kanak-kanak dari segi pergerakan motor kasar
2) Perkembangan kanak-kanak dari segi pergerakan halus dan penglihatan.
3) Perkembangan percakapan dan pendengaran
4) Perkembangan tingkah laku dan sosial kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa aspek mengikut umur kanak-kanak yang seterusnya menggambarkan peringkat kematangan sisten saraf kanak-kanak itu.

Setiap perkembangan kanak-kanak adalah berkaitan di antara satu sama lain dan melibatkan pelbagai faktor. Antara jenis-jenis faktor yang terlibat adalah faktor dalaman dan faktor dalaman. Faktor dalaman meliputi faktor genetik, keturunan dan taraf kesihatan kanak-kanak tersebut manakala faktor luaran pula meliputi pengaruh orang disekelilingnya, persekitaran serta sosioekonomi sesebuah keluarga.Masalah yang paling ketara berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan yang lambat yang mana boleh disebabkan oleh faktor negatif semasa mengandung, semasa melahirkannya ataupun selepas dilahirkan. Bagaimanakah ibu bapa dapat mengetahui bahawa tempoh perkembangan anak-anaknya adalah normal? Adakah terdapat satu ukuran yang boleh diukur ataupun dilihat?Antara salah satu cara yang dicadangkan adalah memerhatikan refleks primitif yang ditunjukkan oleh bayi sepanjang 12 bulan yang pertama itu.

Refleks primitif ini merupakan tindak balas yang dilakukan oleh bayi-bayi tanpa disedari oleh mereka. Hal ini bermakna refleks ini adalah dilakukan secara tidak sengaja dan merupakan tindak balas yang tidak dapat dikawal. Semua bayi yang dilahirkan secara normalnya mempunyai banyak refleks-refleks primitif. Kehadiran refleks-refleks ini penting dalam membantu seseorang bayi menyesuaikan diri dengan persekitarannga supaya fungsi-fungsi asas seorang bayi dapat dilaksanakan. Antara fungsi-fungsi asas seseorang bayi termasuklah kebolehan bertindak balas terhadap bunyi, menghisap susu dan kebolehan menggenggam ibu jarinya. Semua refleks ini adalah dikawal dibahagian batang otak dan sebab itulah tindak balas ini tidak dapat dikawal oleh seseorang bayi. Refleks-refleks primitif ini akan beransur hilang apabila kematangan bayi bertambah dengan peningkatan umur terutamanya apabila mencapai umur 6 bulan. Ketika umur sekurang-kurangnya 6 bulan, refleks-refleks primitif ini akan hilang secara perlahan-lahan pada masa dan waktu yang berbeza-beza. Refleks-refleks ini penting dan amat diperlukan untuk memulakan kehidupan anak-anak di luar rahim. Walau bagaimanapun. refleks-refleks primitif ini perlu hilang secara berperingkat-peringkat kerana hal ini akan melancarkan perkembangan seseorang bayi terutamanya sekali dalam pergerakan kasar dan pergerakan halus.

Antara refleks-refleks yang terdapat pada seseorang bayi secara semulajadinya adalah seperti refleks merangsang penghisapan susu, refleks menghisap, refleks menggenggam, refleks ketegangan leher kiri dan kanan (ATNR), refleks Moro, refleks berjalan ataupun melangkah, refleks genggam jari kaki serta refleks melangkah ke atas.Had umur berakhir refleks primitive secara amnya berbeza antara satu rujukan dengan rujukan yang lain. Refleks merangsang penghisapan susu, refleks menghisap dan refleks Moro biasanya akan hilang apabila seseorang bayi berumur 3 bulan yang pertama. Refleks menggenggam, refleks ketegangan leher kiri dan kanan serta refleks melangkah ke atas biasanya akan hilang dalam lingkungan umur 6 bulan. Seterusnya, refleks berjalan atau melangkah akan hilang pada umur 6-9 bulan. Akhir sekali, refleks genggam jari kaki akan hilang apabila bayi berumur antara 8-15 bulan.Sekirannya bayi-bayi didapati masih melakukan aktiviti-aktiviti di atas walaupun telah membesar, tindakkan-tindakkan segera seperti berjumpa dengan pakar-pakar perubatan amatlah diperlukan supaya rawatan segera dapati diberikan. Hal ini kerana, refleks-refleks primitif yang berterusan merupakan salah satu faktor penting yang akan menunjukkan tanda-tanda lambat perkembangan. Selain itu, bayi tersebut berkemungkinan menunjukkan tanda-tanda awal dalam masalah kerencatan otak. Jenis kerencatan otak yang tertentu biasanya akan menjadi nyata sekitar bayi yang berumur 2 tahun.

Ibu bapa tidak perlulah terlalu risau kerana masalah kerencatan otak dapat dikenalpasti dengan segera sekiranya tanda-tanda tersebut dapat diperhatikan dari awal. Selain itu, sebahagian besar bayi yang didapati mengalami masalah ini pada peringkat awal akan pulih dan berkembang seperti kanak-kanak yang normal apabila mereka membesar. Jenis kerencatan otak kadang-kadang bergantung kepada seriusnya penyebab dan tanda awal yang biasanya dapat dikesan dalam beberapa bulan pertama. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah memberi perhatian dengan menjalankan pemeriksaan yang berulangan secara teliti dari semasa ke semasa kerana masalah ini tidak seharusnya dipandang remeh. yang lain. Justeru, pemeriksaan ulangan yang teliti amat diperlukan demi menjaga kesejahteraan anak-anak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: